Bubur Oats Bercampur Pisang Dan Koktail Buah

Ramuan / Bahan

½ cawan oats
2 ½ cawan air
60 gm gula
½ cawan susu cair 2 biji pisang masak yang telah dilenyek
30 gm koktail buah-buahan
1 biji pisang masak (dihiris nipis)

Cara-cara

Masukkan oats dan air ke dalam kuali, kacau sehingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan sehingga oats masak serta lembut. Masukkan gula, susu, pisang lenyek dan koktail buah-buahan. Biarkan bahan-bahan ini sehingga mendidih. Setelah masak, masukkan bubur ke dalam mangkuk. Hiaskan dengan pisang yang telah dihiris. Hidang ini untuk empat orang.