Bubur Nasi

Ramuan / Bahan

1 cawan beras
1 biji kelapa, diambil santan pekat
150 gm udang kering
3 batang serai, dititik
2 tangkai daun sup, dimayang 2 tangkai daun bawang, dimayang
Garam secukup rasa
Sedikit halba
Bawang goreng untuk ditabur

Cara-cara

Beras dimasak hingga kembang. Masukkan serai, udang kering dan halba. Kacau hingga rata. Masukkan santan dan garam. Kacau lagi. Apabila cukup masak masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Kacau hingga rata dan angkat.