Bubur Lambuk Utara

Ramuan / Bahan

beras 1 ½ pot
serai 2 batang
halia 1 inci di potong
bawang putih 3 ulas
ayam/daging di potong dadu
udang 20-30 ekor(dibuang kulit)
lada hitam 20 biji
garam secukup rasa
santan kelapa ½ biji
2 biji kentang di potong dadu
sedikit serbuk perasa

Cara-cara

Didihkan beras dalam periuk dgn air yg banyak, masukkan serai, halia, bawang putih,biarkan seketika.

Kemudian masukan ayam/daging, kentang, udang, dan lada hitam. kacau hingga sebati. masukan santan, sedikit garam ,serbuk perasa dan masak dalam 10 minit. sedia untuk di hidangkan.