Kuih Nagasari

Ramuan / Bahan

1 cawan tepung beras
4½ cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
250 gm pisang (dikupas kulit dan dihiris) 250 gm pisang masak (dikupas dan dibelah dua memanjang)
Daun pisang (dilayurkan untuk membungkus)

Cara-cara

Campurkan tepung, santan dan garam secukup rasa. Bancuh supaya adunan rata. Masukkan gula secukup rasa. Masukkan pisang yang dihiris. Masak sambil mengacaunya di atas api yang sederhana hingga kental. Bubuh sedikit campuran itu di atas daun pisang. Letakkan sebelah pisang di tengahnya. Bungkus supaya berbentuk empat persegi panjang. Kukus selama 10 minit hingga masak. Hidangkan.