Bubur Kari

Ramuan / Bahan

2 tin susu beras, dibersihkan
9 tin susu cair
300 gm rempah kari
1 biji kelapa, dibuat kerisik
500 gm sayur-sayuran campur Garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan dikisar halus:
10 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering
4 batang serai

Cara-cara

Jerang beras bersama air hingga hancur. Masukkan bahan-bahan kisar, rempah kari dan kerisik. Kacau hingga sebati. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan sayur-sayuran campur, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi. Biar hingga masak.