Kuih Makmur

Ramuan / Bahan

125 gm tepung gandum
60 gm minyak sapi/marjerin

Bahan Saduran:
60 gm gula aising Bahan Inti:
2 auns besar kacang tanah bergoreng

Cara-cara

Griskan dulang pembakar & pasangkan ketuhar 180'c. Sediakan biskut: Ayak tepung & uli dengan minyak sapi/marjerin menjadi doh kental. Bahagikan doh kepada bebola besar saiz ibu jari. Tekan tiap-tiap bebola leper saiz & isikan tengahnya dengan 1/2 sudu kacang tanah bergoreng. Lipat seperti bentuk karipap atau bebola bulat. Bakar selama 15-20 minit. Angkat perlahan-lahan dengan pisau pelepa & sadurkan baik-baik dengan gula aising ketika masih panas lagi. Hidangkan di atas pinggan kuih beralaskan kertas dioli.