Bubur Jagung

Ramuan / Bahan

300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm biji jagung (direbus)
100 gm gula melaka 30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan

Cara-cara

Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan. Apabila sagu masak, masukkan pula gula pasir, jagung dan santan pekat ke dalamnya. Biarkan ia mendidih selama 3 minit dan angkat, bolehlah dihidangkan.