Bubur Gunting

Ramuan / Bahan

400 gm tepung gandum
1 biji kelapa (ambil santannya anggaran
2½ mangkuk)
1 cawan gula pasir (mengikut kesesuaian
rasa)
2 keping gula kabung 2 helai daun pandan
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara-cara

Bancuh tepung dengan air dan sedikit garam. Uli hingga menjadi satu doh(biar keras sedikit daripada bancuhan roti canai). Ambil sedikit tepung dan canaikan setebal 5 mm. Kemudian gunting kecil-kecil mengikut kesukaan anda. Jerangkan air anggaran 1/2 periuk. Apabila air telah mendidih, masukkan tepung yang telah digunting tadi. Kacau supaya ia tidak melekat. Apabila telah timbul, angkat dan toskan. Kemudian letakkan ke dalam bekas berisi air sejuk supaya ia tidak melekat. Buat begini hingga selesai. Masak gula pasir, gula kabung dan 1/2 cawan air hingga mendidih. Toskan tepung yang telah direbus tadi dan masukkan ke dalam adunan air gula tadi. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih. Setelah itu, masukkan santan, sedikit garam dan daun pandan. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Apabila telah mendidih, sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat.