Ramuan / Bahan
200 gm beras
1 sudu besar minyak masak
300 gm daging ayam cincang
1 sudu teh tepung jagung
½ sudu teh minyak bijan
½ sudu teh garam
Secubit lada sulah 1 kiub stok ayam
1 sudu teh minyak bijan
½ sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
Hirisan daun ketumbar
Hirisan halia muda
Bawang goreng
1 sudu besar minyak masak
300 gm daging ayam cincang
1 sudu teh tepung jagung
½ sudu teh minyak bijan
½ sudu teh garam
Secubit lada sulah 1 kiub stok ayam
1 sudu teh minyak bijan
½ sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
Hirisan daun ketumbar
Hirisan halia muda
Bawang goreng
Cara-cara
Masukkan beras yang telah dicuci dan air ke dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan beras menjadi hancur serta berkanji. Dalam mangkuk pengadun, campurkan daging ayam cincang dengan tepung jagung, minyak bijan, garam dan lada sulah. Gaul hingga sebati. Setelah itu bentukkan ia bulat-bulat seperti guli dan masukkan ke dalam bubur nasi tadi. Masuk antara 5-10 minit. Masukkan kiub ayam, minyak bijan, lada sulah dan garam. Hidangkan bubur ini ketika panas dengan menaburkan sedikit daun ketumbar, halia dan bawang goreng.