Bubur Badam

Ramuan / Bahan

1 gelas beras siam
4 gelas air
300 gm badam, dikisar halus
1 gelas santan pekat 200 gm udang kering, dikisar
10 biji bawang merah, dikisar
1 camca sedang serbuk lada sulah
Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-cara

Beras dimasak hingga kembang. Kemudian masukkan santan, bawang merah, udang kering, badam, serbuk lada sulah, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masak hingga mendidih.