Tiramisu

Ramuan / Bahan

6 biji kuning telur
75 gm gula halus
120 ml aiskrim soda
175 ml air 2 camca besar kopi segera
1 camca teh esen kopi
10-12 keping biskut span
2 camca besar serbuk koko (untuk hiasan)

Cara-cara

Putar telur bersama gula hingga kembang. Masukkan soda aiskrim. Putar lagi hingga rata. Letakkan mangkuk di atas periuk berisi air mendidih dan kacau tanpa henti hingga pekat - kira-kira 10 minit. Ketepikan. Bancuh air bersama kopi segera dan esen kopi hingga rata. Celupkan biskut di dalam air esen kopi tetapi jangan sampai biskut hancur. Masukkan biskut ke dalam mangkuk kecil dan bubuh adunan telur di atasnya. Kemudian ayak serbuk koko dan sejukkannya 2 jam atau hingga kental.