Tat Wina

Ramuan / Bahan

150 gm mentega
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
Pewarna merah
50 gm gula aising
20 gm susu tepung
250 tepung gandum
1 biji kuning telur - untuk sapuan Bahan inti nanas:

250 gm nanas parut
125 gm gula

Cara-cara

Masak bahan inti hingga kering. Pukul gula, mentega, telur dan vanila hingga sebati. Masukkan susu tepung dan pewarna merah.

Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan gaul sebati.

Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari, masukkan jem nanas dan bulat-bulatkan.

Gunting sedikit di sekelilingnya dan sapu kuning telur. Hias dengan kismis di tengah dan bakar.