Tat Piring Terbang Roselle

Ramuan / Bahan

225 gm tepung gandum
125 gm mentega
1 biji telur - pukul ringan
1 sudu besar air sejuk (dari peti sejuk) Sedikit garam
1 sudu kecil esen vanila
300 gm jem roselle
1 biji kuning telur untuk sapu

Cara-cara

Dengan menggunakan hujung jari, gaul mentega dan tepung yang telah dicampur garam hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan telur dan air sejuk uli hingga menjadi doh yang lembut. Canai dan terap dengan acuan bulat bergigi, isi jem roselle tutup dengan sekeping lagi adunan yang diterap bulat bergigi kecil. Tekan sedikit tepinya sapu kuning telur dan bakar dalam ketuhar yang panasnya 180'C.