Tat Jem Nenas

Ramuan / Bahan

125 gm tepung gandum
Sedikit garam
45-60 gm marjerin yang beku 2 sudu air yang disejukkan
2 sudu jem nenas
½ biji telur dipukul untuk glis

Cara-cara

Sediakan ti pembakar dan ketuhar;- Sapukan minyak di tin pembakar dan panaskan ketuhar 200-220'c. Untuk menyediakan pastri rapuh; Ayak tepung dan garam ke dalam mengkuk adunan. Potong marjerin yang beku menjadi ketul-ketul yang kecil di dalam tepung dan ramas marjerin kedalam tepung perlahan-lahan dengan jari hingga adunan kelihatan halus dan peroi seperti serbuk roti. Buat lubang di tengah adunan dan masukkan air yang desejukkan. Kacau dengan pisau meja supaya menjadi doh yang pejal. Menyediakan Tat;-(a)Uli perlahan-lahan di atas papan canai yang diraburkan dengan sedikit tepung.(b) Canai pastri setebal 3mm dan terap bulat-bulat dengan penerap bergerigi.(c)Alaskan tin dengan pastri yang diterap bulat dan masukkan sedikit jem ke dalamnya. Picit tepinya jika dikehendaki.(d)Hiaskan tat dengan keratan-keratan dari pastri yang lebih tadi. Sapu pastri dengan telur yang dipukul. Bakar tat dalam ketuhar yang panas hingga pastri berwarna kuning. Sejukkan di atas redai kek dan hidangkan dalam pinggan kek yang bulat.