Tart Swiss

Ramuan / Bahan

270 gm mentega
110 gm gula
150 gm telur 20 gm susu tepung
500 gm tepung
Sedikit coklat masakan

Cara-cara

Pukul mentega bersama gula hingga adunan lembut dan kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan susu tepung, Tepung dan kacau hingga rata. Ambil sedikit adunan dan bentukkan mengikut bentuk kegemaran anda dan atur di dalam dulang. Bakar selama 15 minit pada suhu 180'c. Sejukkan tart. Cairkan coklat masakan dan celup sebahagian tart yang telah disejukkan tadi. Biar coklat benar-benar sejuk sebelum disimpan.