Tart Nenas Mak Jang

Ramuan / Bahan

2 cwn tepung gandum
250 gm buttercup
½ cwn gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Jem Nenas ( boleh dibuat sendiri atau dibeli)

Cara-cara

Pukul buttercup dan gula aising separuh kembang.Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila.Seterusnya masukkan tepung gandum yang diayak ke dalam aduan.Apabila semuanya sebati canaikan adunan tadi dengan acuan tart dan isikan jem nenas didalamnya dan dibakar sehingga masak.