Reben Berpintal (menggoreng dengan minyak penuh )

Ramuan / Bahan

125 gm tepung gandum + sudu garam
1 sudu rata garam mentega/marjerin
1 sudu gula halus 1 biji telur
minyak untuk menggoreng penuh

Saduran;
2 sudu gula pasir
1 sudu air

Cara-cara

Sediakan minyak penuh untuk menggoreng & kertas yang dironyonkkan untuk mengetus. Sediakan biskut. Ayak tepung dengan garam & ramas mentega atau marjerin. Masukkan gula & telur yang dipukul. Uli menjadi doh yang agak keras dengan sedikit air. Canaikan 3 mm tebal. Potong menjadi jalur-jalur yang berukuran 1 x 1 inci & belah tengah secara memenjang. Lipatkan satu hujung & masukkan melalui belah & pintalkan. Goreng di dalam minyak penuh hingga kuning & tuskan. Sediakan saduran. Masak gula & air di dalam kuali
hingga menjadi sirap pekat. Sadurkan reben-reben berpintal dengan sirap atau jika suka sadurkan dengan gula halus semasa masih panas. Hidangkan di atas pinggan kuih yang beralas daili.