Oat Macaroon

Ramuan / Bahan

180 gm oat
150 gm gula perang
120 gm mentega 1 biji telur
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen badam

Cara-cara

Dalam sebuah mangkuk mengadun satukan oat, gula dan mentega (jika suka boleh dicairkan dahulu). Kacau rata, tutup dengan kertas timah dan simpan semalaman. Esoknya campurkan dengan telur, esen dan garam. Sebaiknya pukul sedikit dengan garpu dalam bekas lain dan tuangkan ke dalam adunan oat. Gaul hingga sebati. Leser dulang pembakar dengan mentega sudukan adunan dan bentuk bulat-bulat menggunakan dua sudu. Bakar dalam ketuhar yang sederhana panasnya hingga masak.