Makaron Kelapa

Ramuan / Bahan

400 ml putih telur
500 g gula halus 50 g tepung kek
500 g kelapa kering

Cara-cara

Putar putih telur bersama gula halus hingga kembang dan ringan. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan digaul rata. Masukkan kelapa kering dan diuli sebati. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas menggunakan camca dan bakar 20 minit pada suhu 170'C.