London almond cookies

Ramuan / Bahan

250g. mentega
125g. marjerin
80g. gula aising
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 camca. esen vanila
525g. tepung gandum {diayak}
1 ½ camt. serbuk penaik {diayak}
200g. badam {dibakar ranggup} 200g. coklat masakan {dihiris kecil}
1 camca.besar lemak sayuran
150g. badan urai
mangkuk kertas yang secukupnya.

Cara-cara

1. Pukul mentega,marjerin,gula aising,telur,kuning telur,dan esen vanila.

2.Masukkan bahan yang diayak dan uli menjadi doh lembut.

3.Bulatkan sedikit adunan dan isi sebiji badam ke dalamnya.

4.Bakar pada suhu 190 darjah celcius hingga masak.biarkan sejuk.

5.Cairkan coklat dan lemak sayuran di dalam mangkuk yang diletakan atas periuk api mendidih perlahan.

6.Letak biskut dalam mangkuk kertas.sudiukan coklat cair dan tburkan atas badam.

7.Biarkan coklat keras sebelum disimpam di dalam bekas.