Dodol Coklat

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan coklat pekat:

240 gm cream
510 gm coklat hitam (dark chocolate)
85 gm mentega (dicairkan) Bahan-bahan coklat putih:

240 gm cream
85 gm mentega
510 gm coklat putih
100 gm chocolate rice (hiasan)
100 gm hirisan coklat putih (hiasan)

Cara-cara

Panaskan cream dan mentega di atas api yang kecil. Kemudian masukkan coklat hitam ke dalam campuran cream dan mentega tadi. Gaulkan sehingga sebati.

Apabila telah sebati. Matikan api dan dan biarkan sejuk untuk semalaman.

Lakukan cara yang sama pada bahan-bahan coklat putih. Biarkan juga adunan coklat putih untuk semalaman.

Ambilkan adunan tadi dan bentukkan menjadi bebola menggunakan tapak tangan.

Untuk coklat hitam pula, gelekkan di atas chocolate rice manakala untuk coklat putih, golekkan di atas parutan coklat putih. Sedia dihidangkan.