Cornflakes Permata

Ramuan / Bahan

125 gm mentega
100 gm gula
1 biji telur
175 gm tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik
125 gm cornflakes
Ceri merah
Mangkuk kertas hitam

Cara-cara

Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila.

Ayak tepung bersama serbuk penaik. Campur tepung dan cornflakes ke dalam adunan mentega. Gaul rata.

Ambil secubit-secubit dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Bubuh ceri sebagai hiasan.