Cornflakes Kacang Potong

Ramuan / Bahan

100 gm coklat
25 gm sultana 25 gm walnut
75 gm cornflakes

Cara-cara

Patahkan coklat dalam mangkuk tahan panas dan letak dalam periuk berisi air. Didihkan air dan biarkan coklat itu hancur. Kacau sekali-sekala. Hancurkan cornflakes dalam beg plastik. Ketepikan. Campurkan sultana, walnut dan cornflakes ke dalam coklat. Kacau perlahan-lahan. Ini mungkin mengambil masa lama tetapi terus kacau. Sapu dulang 12 cm segi empat dengan sedikit minyak, tekan adunan cornflakes ke dalam dulang. Letakkan dulang itu dalam peti sejuk supaya keras. Bila adunan menjadi keras (kira-kira sejam), keluarkan dulang daripada peti sejuk dan potong panjang-panjang. Untuk mudah memotong, celupkan pisau dalam jag air panas. Simpan potongan ini dalam bekas kedap udara.