Coklat Ros

Ramuan / Bahan

250 gm coklat masakan
2 sudu besar sirap
200 gm mentega tanpa garam 4 sudu besar krim putar
50 gm kismis
50 gm badam cincang

Cara-cara

Potong coklat kecil-kecil, masukkan dalam mangkuk bersama mentega, sirap. Masak selama 4 minit. Kemudian keluarkan, campurkan krim putar, kismis dan badam kacau rata. Masukkan dalam acuan ros, simpan dalam peti sejuk selama 15 minit, keluarkan dan hidangkan. Sentiasa simpan di tempat sejuk bagi mengelakkan cepat lembik.