Kuih Lobak Putih Dim Sum

Ramuan / Bahan

1,000 gm lobak putih
38 gm garam
76 stok ayam
114 gm gula kastor
600 gm tepung beras
300 gm tepung Tang Ming
150 gm tepung jagung Argo
200 gm udang kering
150 gm minyak bijan
100 gm minyak masak
1,500 ml air
1,800 air

Cara-cara

Campur bersama tepung beras, tepung jagung dan tepung Tang Ming. Masukkan 1,500 ml air dan uli.

Lobak putih dipotong kiub kecil dan cincang udang kering.

Panaskan sedikit minyak dan tumis udang kering sehingga wangi.

Sementara itu, goreng lobak putih sehingga kekuningan.

Campur lobak putih dan udang ke dalam adunan tepung.

Didihkan 1,800 ml air dan campurkan stok ayam, gula, minyak dan bijan. Tuangkan air didihan ini ke dalam adunan tepung.

Kacau rata sehingga menjadi adunan pekat dan tuangkan ke dalam loyang.

Kukus selama satu jam 10 minit. Biarkan kuih sejuk sebelum dihidangkan.