Biskut Emping Jagung Berkacang

Ramuan / Bahan

185 g emping jagung, dihancurkan
250 g tepung gandum
90 g gula perang
75 g kacang tanah, disangai dan dibuang kulit 125 g mentega kacang
170 g madu lebah, dipanaskan sedikit
185 g mentega cair
2 biji telur, dipukul

Cara-cara

Satukan semua bahan di dalam mangkuk, gaul hingga ia sebati. Bubuh secamca besar adunan di dalam tin bakar yang telah ditabur sedikit tepung ubi. Buat hingga habis adunan. Bakar ia pada suhu 180'C hingga ia kuning. Biar ia sejuk di dalam dulang bakar.