Chocolate Oats

Ramuan / Bahan

1 ½ ketul mentega
1 ½ cawan gula kastor
4 biji kuning telur
4 camca kecil air
3 ½ cawan tepung gandum
1 ½ camca kecil serbuk penaik ½ tin serbuk koko
Putih telur untuk mencelupkan adunan
Oats kasar untuk digolekkan
Kacang tanah (dibakar dan dibuang kulitnya-biarkan sebiji-sebiji)

Cara-cara

Mentega dan gula kastor dipukul bersama hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi, masukkan air. Tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk koko diayak bersama. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh. Ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat seperti guli. Celupkan ke dalam putih telur. Keluarkan dan golekkan di atas oats. Susun di atas dulang pembakar, letakkan kacang ditengah-tengahnya. Sapukan sedikit putih telur. Bakar hingga masak.