Biskut Tembikai

Ramuan / Bahan

4 oz Mentega
1 oz Gula Ising
3 oz Tepung Jagung
2 oz Tepung Gandum
½ Sudu Baking Powder
1 Sudu Makan Tepung Cornflake (Nestum)
1 Biji Kuning Telur
Sedikit Lenga Hitam
Perwarna Merah
Pewardna Hijau

Cara-cara

Pukul Mentega & gula ising sehingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur, tepung jagung, tepung gandum, tepung cornflake & baking powder. Bahagikan adunan tadi kepada 3 bahagian:-

i.Warna Merah
ii.Warna Hijau
iii.Warna Plain (asal)


Cara Membentuk Tembikai:
Bulatkan adunan berwarna merah, hijau & plain menjadi bebola kecil. Bebola kecil pada setiap warna hendaklah sama banyak. Leperkan bebola berwarna plain dan hijau, kemudian letakkan warna merah diatas warna plain dan bulatkan menjadi bebola. Leperkan warna hijau pula dan letakkan pada bola berwarna plain dan merah tadi dan bulatkan menjadi satu. Sesudah itu potong bebola tadi kepada 4 bahagian seperti tembikai. Sesudah itu, hiaskan dengan lenga Hitam dan bakar sehingga masak.