Biskut Swiss Kroket

Ramuan / Bahan

900 gm tepung gandum
600 gm mentega
450 gm gula aising
150 gm telur Parutan kulit lemon
300 gm kepingan badam
300 gm ceri merah

Cara-cara

Campurkan mentega, gula dan telur hingga sebati. Masukkan tepung dan gaulkan hingga menjadi doh yang lembut. Kemudian masukkan badam dan ceri. Bentukkan menjadi silinder panjang. Simpan dalam peti sejuk. Potong serong dan bakar dalam ketuhar hingga masak. Setelah masak keluarkan dan sejukkan kemudian celupkan dalam coklat cair.