Kuih Khasidah

Ramuan / Bahan

4 camca besar minyak
2 cawan tepung gandum
4 biji bawang merah, dimayang 3 ½ cawan air
1 cawan gula pasir
Beberapa titik pewarna kuning

Cara-cara

Panaskan minyak. Goreng bawang hingga garing. Angkat bawang goreng & tuang minyak ke dalam mangkuk kecil. Lenser loyang 18 cm dengan minyak tadi. Bancuh tepung bersama air & kacau hingga sebati. Tapis bancuhan ke dalam kuali bersih. Masukkan gula dan pewarna ke dalam bancuhan tepung. Kacau di atas api secara perlahan hingga kental dan tidak berbau tepung lagi selama 20 minit. Apabila cukup masak, angkat & tuang Khasidah ke dalam loyang. Tuang baki minyak & tabur bawang goreng. Biar sejuk sebelum dipotong & dihidangkan.