Biskut Susu

Ramuan / Bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung susu
1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung jagung 1 cawan kelapa dalam tin
1 cawan mentega
1 cawan gula halus
1 biji telur
Sedikit kuning - untuk dipalit

Cara-cara

Telur, mentega dan gula dipukul hingga putih, masukkan semua jenis tepung dan kelapa kering.

Uli hingga rata, canai dan terapkan dengan acuan. Sapukan dengan kuning telur diatasnya dan bakar hingga masak.