Biskut Senyum

Ramuan / Bahan

1 buku butter @ 1 ½ cawan magerine
1 ½ cawan gula halus
2 biji merah telur
¼ sudu teh baking powder
2 cawan tepung beras
Secukupnya tepung gandum
Secukupnya Kacang Tanah yang telah di sangrai @ panggang

Cara-cara

Putar Butter dengan gula hingga sebati.
Masukkan merah telur satu persatu dan gaul sebati.
Gaulkan tepung beras dan baking powder dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam adunan butter,uli perlahan-lahan.
Jika adunan masih melekat dijari, tambahkan tepung gandum sehingga adunan kental. Rehatkan adunan 1/2 jam.
Ambil secubit adunan dan isikan kacang di dalamnya, lalu masukkan ke dalam acuan biskut senyum (acuan ini berbentuk ayan dan seperti acuan biskut sampan tapi ia bentuk berbunga-bunga) Bakar selama lebih kurang 15minit di dalam oven dengan kepanasan 180 darjah celcius sehingga masak.
Ketika panas,keluarkan biskut dari acuan, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.