Biskut Semperit

Ramuan / Bahan

¾ cawan mentega
1 cawan tepung gandum
Sedikit esen vanila 2 cawan tepung kastard
½ cawan gula
1 biji kuning telur

Cara-cara

Pukul mentega bersama gula hingga kembang, masukkan kuning telur dan vanila. Masukkan tepung gandum dan tepung kastard yang telah diayak terlebih dahulu. Gaul hingga sebati hingga menjadi satu doh. Terap dengan acuan semperit dan bakar hingga kekuningan.