Biskut Segi Tiga Domino

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan warna biasa:
25 gm gula aising
75 gm mentega
1 biji kuning telur
25 gm tepung jagung
100 gm tepung gandum
2 camca besar tepung beras
1 camca teh esen badam
20 gm coklat urai Bahan-bahan coklat:
110 gm tepung gandum
2 camca besar tepung jagung
1 ½ camca besar serbuk koko
60 gm gula aising
80 gm mentega
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
20 gm bijan, dibakar hingga perang

Cara-cara

Pukul gula, mentega dan telur hingga sebati. Masukkan tepung jagung, tepung gandum, tepung beras dan esen badam. Uli hingga menjadi doh lembut. Bahagi adunan dua bahagian. Satu bahagian masukkan coklat urai dan uli sebati. Manakala satu bahagian lagi balut dengan plastik. Canai adunan bercoklat urai setebal 2 cm dan potong tiga jalur. Kemudian bentukkan adunan tiga segi memanjang. Kemaskan dengan plastik. Sediakan tiga jalur segi tiga. Ketepikan. Untuk membuat adunan warna coklat, satukan tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko dan gula. Gaul hingga rata. Gaul dan ramaskan mentega bersama bahan-bahan tepung tadi hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Uli hingga menjadi doh lembut. Bahagikan adunan dua bahagian. Ulikan satu bahagian bersama bijan bakar hingga rata. Manakala satu bahagian lagi disimpan di dalam plastik. Canai adunan berbijan setebal 2 sm dan potong tiga jalur. Bentukkan adunan tiga segi memanjang. Ketepikan. Canai adunan berwarna coklat tanpa bijan setebal 3 mm. Letakkan segi tiga bercoklat urai di atasnya. Potong tepi adunan supaya mudah membalut adunan bercoklat urai tadi. Balut adunan menjadi segi tiga dan kemaskan dengan plastik. Ketepikan. Canai pula adunan bewarna biasa yang dibalut di dalam plastik tadi setebal 3 mm. Letakkan jalur coklat berbijan di atasnya. Potong tepi adunan supaya mudah membalut. Balut adunan coklat dengan kemas. Kemudian ganding dan letakkan segi tiga warna biasa dengan segi tiga bercoklat. Kemaskan kedua-dua adunan dengan plastik. Simpan 20 minit di dalam peti sejuk. Keluarkan adunan dan potong setebal 5 mm. Susun di atas tin pembakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar hingga masak pada suhu 190'C.