Biskut Sarang Semut

Ramuan / Bahan

210 gram mentega
1 tin tepung kastard
2 biji telur
125 gram gula kastor
Sedikit chocolate/coloured rice
Cawan kertas secukupnya

Cara-cara

Pukul mentega. Kemudian, masukkan tepung kastard sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati. Pecahkan kedua-dua telur ke dalam adunan tadi. Setelah itu masukkan gula sedikit demi sedikit dan gaulkan lagi hingga sebati semuanya. Sapukan cawan kertas ( patty cases ) dengan sedikit mentega. Ambil sedikit adunan tadi picitkan ia melalui tapis yang sederhana lubangnya supaya keluar pendek-pendek. Masukkan adunan yang telah dipicit ini ke dalam cawan kertas. Buat begini hingga selesai semuanya. Kemudian, bakarlah di dalam ketuhar yang sederhana apinya selama 25-30 minit. Setelah masak, taburkan chocolate/coloured rice ke atasnya. Selamat mencuba!