Biskut Sarang Burung

Ramuan / Bahan

3 biji putih telur
180 g gula kastor
½ camca teh cuka 1 camca teh esen vanila
Gula warna secukupnya

Cara-cara

Putar putih telur hingga ia kembang. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit, putar lagi hingga gula hancur. Masukkan cuka bersama esen vanila, putar lagi hingga gula betul-betul hancur. Paipkan adunan seperti bakul kecil (biar ia kosong ditengahnya) di dalam dulang bakar yang telah dilengser dengan sedikit mentega. Buat hingga habis bancuhan. Bakar ia pada suhu 100'C, 50-60 minit. Biar di dalam ketuhar hingga ia sejuk. Sebelum dihidang, isi gula-gula berwarna di dalam sarang.