Biskut Sarang Burung

Ramuan / Bahan

168 gm tepung gandum
56 gm tepung jagung
112 gm mentega
112 gm gula halus
2 biji kuning telur 1 biji putih telur
1 camca teh esen ros
500 gm badam dipotong halus memanjang
Sedikit jem strawberi
1 cawan bijirin Kellogg's dihaluskan

Cara-cara

Tepung gandum dan tepung jagung diayak. Campurkan bijirin Kellogg's dan gaulkan sehingga sebati. Mentega dan gula dipukul sampai kembang. Masukkan kuning telur dan esen ros. Pukul lagi sehingga putih. Masukkan tepung yang diayak tadi bersama bijirin Kellogg's. Gaul hingga rata. Ambil sejemput adunan lalu digentel sebesar guli dan lubangkan di tengahnya. Celup ke dalam putih telur yang ditaburkan badam. Bakar dan apabila dikeluarkan dari ketuhar letakkan jem di tengah biskut.