Biskut Rotan

Ramuan / Bahan

1 kampit tepung pulut
1 biji kelapa (santan pekat)
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
1 biji telur ayam
1 mangkuk becil bijan

Cara-cara

1)Masak santan pekat pada api yang sederhana. Masukkan bahan gula dan garam.Kacau santan tersebut jangan sampai berminyak.Kemudian sejukkan hingga suam-suam kuku.
2)Tepung pulut di gaul bersama 1 biji telur.
3)Kemudian masukkan santan yang telah suam. Gaul hingga menjadi doh agak-agak lembut.
4)Bulat-bulatkan kecil doh tersebut.
5)Kemudian golekkan dengan bijan. Sekiranya doh terbiar lama dan bijan tidak melekat, renjiskan bijan tersebut dengan sedikit air.
6)Panaskan minyak (jangan terlalu panas) dan goreng.Goreng hingga kuning keemasan