Biskut Rhine

Ramuan / Bahan

9 auns tepung gandum
1 sudu teh serbuk kayu manis
½ sudu teh serbuk bunga lawang
6 auns mentega 4 auns gula halus
1 biji telur
5 sudu besar susu
Sedikit kulit limau parut

Cara-cara

Ayak tepung bersama serbuk kayu manis dan bunga lawang. Masukkan mentega dan gaul dengan jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan telur dan susu dan gaul hingga menjadi doh. Biarkan dalam peti sejuk selama sejam. Keluarkan doh dan canai setebal 1/4 inci. Terap dengan acuan (sesuka hati) dan bakar di atas tin pembakar yang disapu sedikit mentega dalam masa 15-20 minit.