Biskut Potongan Sandwich

Ramuan / Bahan

200 gm mentega
130 gm gula aising
2 biji kuning telur
½ camt. esen vanila
300 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
50 gm oat/bijiran/emping (dimesin) Bahan Hiasan:
Coklat masakan
Badam cincang

Cara-cara

Putar mentega dan gula aising hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Satukan tepung jagung dan tepung gandum berserta oat. Masukkan ke dalam adunan mentega dan gaul sehingga sebati. Canai adunan dan potong memanjang (lebar 1.5cm, panjang 5cm). Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 15minit. Apabila biskut sudah sejuk, celupkan kedua-dua hujungnya ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan dan boleh terus dihias dengan badam cincang.