Biskut Piza

Ramuan / Bahan

1 kotak adunan biskut coklat
250 g coklat chip
250 g walnut cincang 125 g marjerin
125 krim keju
1 biji telur

Cara-cara

Pukul marjerin, krim keju dan telur hingga kembang. Masukkan adunan biskut coklat dan gaulkan hingga sebati. Kemudian masukkan coklat chip dan walnut cincang. Tekankan adunan ke dalam acuan piza berukuran 30 sm dan ratakan. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 20 minit.