Biskut Pari

Ramuan / Bahan

150 gm mentega
1 biji kuning telur
30 gm susu cair
30 gm kismis kuning
30 gm serbuk keju, di dalam kotak hijau
30 gm gula aising 1 camca teh parutan kulit limau atau pes oren
25 gm tepung jagung
150 gm tepung gandum
1 biji putih telur, untuk disapu
Gula halus diwarnakan merah secukupnya

Cara-cara

Pukul telur, mentega, gula dan susu cair hingga rata. Masukkan serbuk keju, kismis kuning, parutan kulit limau, tepung jagung dan tepung gandum. Uli hingga sebati. Canai adunan dan terap mengikut suka. Sapu putih telur dan tabur gula halus. Bakar hingga masak.