Biskut Pandan Bercoklat Putih

Ramuan / Bahan

120 gm mentega
20 gm susu tepung
2 camca teh pes pandan
1 camca teh gula halus
125 gm tepung gandum
1 biji telur
200 gm coklat putih, dicairkan

Cara-cara

Satukan bahan-bahan, kecuali coklat putih. Kacau hingga rata.

Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan dan masukkan ke dalam cawan kertas. Bakar hingga masak.

Setelah sejuk, curah sedikit coklat putih ke atasnya.