Biskut Oren Berinti Karamel Coklat

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
190 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
1 camca teh esen oren
Sedikit oren kering Sedikit parutan kulit oren
300 gm tepung gandum
50 gm tepung kastard
ΒΌ cawan oren potong
Coklat caramel
Kepingan gula bercorak

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius.

Pukul mentega bersama gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul sehingga naik.

Masukkan esen vanila, esen oren dan prutan kulit oren kering.

Masukkan tepung gandum dan tepung kastard sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.

Bentukkan bulat dan isi sebahagian coklat caramel di tengah-tengahnya.

Hias dengan kepingan gula bercorak dan bakar selama 15 - 20 minit.