Biskut Oren Berinti Karamel Coklat

Ramuan / Bahan

250 g mentega
190 gula kastor
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
1 camca teh esen oren
Sedikit oren kering Sedikit parutan kulit oren
300 g tepung gandum
50 g tepung kastad
ΒΌ cawan oren potong
Coklat Cadbury Caramel
Kepingan Gula Bercorak

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 170'C. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul sehingga naik. Masukkan esen vanila, esen oren dan parutan kulit oren kering. Masukkan tepung gandum dan tepung kastad sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. Bentukkan bulat dan isi sebahagian coklat Cadbury Caramel di tengah-tengahnya. Hias dengan kepingan gula bercorak dan bakar 15-20 minit. Simpan di dalam bekas kedap udara.