Biskut Oren

Ramuan / Bahan

125 gm mentega
125 gm gula halus
2 biji telur 225 gm tepung
1 sudu parutan oren
1 sudu teh perahan oren

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul sebati. Kemudian campur parutan kulit oren dan perahan oren. Masukkan tepung sedikit-sedikit. Sendukkan sesudu-sesudu adunan dalam dulang pembakar dan bakar menggunakan ketuhar sederhana 180C selama 20 minit atau hingga coklat keemasan. Angkat biskut daripada dulang dan sejukkan. Simpan dalam bekas kedap udara.