Biskut Nescafe

Ramuan / Bahan

200 gm mentega
50 gm gula halus
150 gm tepung gandum


50 gm tepung jagung
1 sudu besar nescafe

Cara-cara

Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

Kemudian baru masukkan Nescafe dan apabila sudah sebati masukkan tepung gandum dan jagung.

Apabila adunan tadi sudah sebati dan lembut, terapkan adunan dengan bentuk yang anda suka.

Bakar di dalam ketuhar hingga masak.