Biskut Musliha

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
200 gula halus
100 gm badam kisar
2 camca sedang Nestum Sedikit esen vanila
2 biji kuning telur
1 biji kuning telur untuk sapu
Tepung berserbuk penaik secukupnya

Cara-cara

Kacau mentega bersama gula hingga hancur. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau lagi. Masukkan tepung berserbuk penaik, Nestum dan badam kisar. Uli menggunakan tangan hingga tidak melekat pada jari. Canai dan terap mengikut suka. Sapu kuning telur pada permukaan biskut. Bakar pada kepanasan 150 darjah hingga kuning.