Biskut Muesli Bermadu

Ramuan / Bahan

2 cawan muesli, dibakar
6 cawan bertih beras (rice bubbles)
1 cawan kelapa parut kering
½ cawan biji bunga matahari
1 cawan bijan
150 g mentega ½ cawan mentega kacang
2 camca besar tepung jagung BROWN & POLSON
1 cawan gula
½ cawan madu

Cara-cara

Satukan muesli, bertih beras, kelapa kering, biji bunga matahari dan bijan di dalam mangkuk. Gaul rata. Satukan mentega, mentega kacang, tepung jagung, gula dan madu di dalam periuk lain. Jerang ia di atas api sederhana hingga mentega cair dan gula larut. Masukkan adunan mentega tadi ke dalam mangkuk adunan yang mengandungi bahan kering. Kacau hingga sebati. Setelah itu masukkan adunan yang telah dikacau ke dalam dulang bakar, tekan rata dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dipotong kecil.