Biskut Monte Carlo

Ramuan / Bahan

185 gm mentega
cawan gula halus
cawan susu segar
1 cawan tepung berserbuk penaik
cawan tepung kastard
3 camca besar tepung beras
cawan kelapa parut kering
1 camca teh esen vanila Bahan-bahan inti:

50 gm mentega tanpa garam
cawan gula aising
2 camca besar susu sejat
cawan jemn strawberi

Cara-cara

Putar mentega bersama gula halus hingga putih dan gebu. Tuang susu dan kaup balikkan semua tepung, kelapa parut kering dan esen vanila hingga adunan sebati.

Ambil sedikit adunan dan bentukkan bebola. Leperkan dan tekan menggunakan garpu. Bakar selama 15 minit pada suhu 185 darjah Celcius.

Untuk membuat inti, satukan semua bahan dan gaul sebati. Apabila biskut masak, sejukkan dan sapu inti pada bahagian bawah. Tangkup dengan sekeping lagi biskut. Simpan di dalam bekas kedap udara.